Jumaat, 12 September 2014

SURAT RAYUAN PENEMPATAN KOLEJ



RAMLI BIN KAMARUDDIN,
2012XXYYYY,
Fakulti ,
Universiti Teknologi Mara,
Jalan Lendu ,
78000 Alor Gajah,


Pihak Pengurusan Pejabat Kolej UiTM
Unit Kolej Zon A ,
Universiti Teknologi Mara,
Jalan Lendu ,
78000 Alor Gajah,
Melaka .
4 November 2013

Tuan/Puan ,

RAYUAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI DISEMBER 2013

Saya seperti nama di atas memohon rayuan untuk terus menduduki Kolej Kasturi bagi sesi Disember 2013 . 

2 . Untuk maklumat pihak tuan/puan semasa saya menduduki kolej tersebut pada semester yang lalu saya telah menyertai pelbagai aktiviti . Pembayaran denda seperti masalah tombol rosak serta bayaran bil elektrik juga telah saya laksanakan . Saya juga telah membuat pra-pendaftaran untuk menduduki kolej pada semester Disember 2013 namun saya gagal .

3. Saya juga merupakan pelajar dari Johor Bahru dan ia menjadi satu kesukaran bagi saya sekiranya saya terpaksa tinggal di luar kerana kos untuk tinggal di luar tinggi . Dalam masa yang sama saya juga merupakan (JAWATAN DI UNIVERSITI) yang memerlukan saya untuk mendapat kemudahan kolej ini kerana saya seringkali mempunyai perjumpaan fakulti. Hal ini amat menyukarkan saya sekiranya saya tidak mendapat kemudahan kolej bagi semester kali ini. Selain itu, saya juga tidak mempunyai kemudahan pengangkutan untuk ke kelas setiap pagi.
4. Justeru, saya mengharapkan agar pihak tuan/puan mempertimbangkan rayuan saya ini .
segala jasa baik tuan/puan amatlah saya hargai . Saya akhiri dengan ucapan terima kasih .

Sekian,
Yang benar,

_____________ 
(RAMLI BIN KAMARUDDIN)

4 ulasan:

  1. minta izin gunakan sbgai rujukan ya. terima kasihh

    BalasPadam
  2. Surat ni better hantar selepas rayuan permohonan kolej gagal ke semasa tngh buat rayuan permohonan kolej

    BalasPadam