Jumaat, 29 April 2011

.:: MUHASABAH DIRI : PAKAIAN ISLAM PELINDUNG YANG SELAMAT ::.

Haramkah memakai purdah?? Wajibkah memakai purdah??

wallahua'lam..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan isteri-isteri orang mu'min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab ayat 59)..wallahua'lam..

Jilbab adalah merujuk kepada kain yang berfungsi untuk menutup kepala dan dilabuhkan sehingga ke dada (telekung)..

Ummu Salamah R.A berkata yang bermaksud (ketika ayat di atas dinyatakan) :

"Para wanita kaum Ansar, apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan, maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam (jilbab hitam) menutupinya."..wallahua'lam..

maka..jelaslah kepada kita semua bahawa seseorang wanita WAJIB menutup kepalanya sehingga ke dadanya..

apakah ia termasuk dengan wajahnya sekali?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita, maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali." (Riwayat Imam Ahmad)..wallahua'lam..

Hadith Rasulullah S.A.W ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat bahawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama..

Adapun selain peminangan, maka sama sekali dilarang melihat wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga..

Demikian juga si peminang bila melihat wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namun hanya sekadar menikmati kecantikan dan keindahan wajah wanita itu sahaja, ia adalah BERDOSA..wal iyya dzubillah..

maka..

Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka di hadapan lelaki asing, apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan..maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan...wal iyya dzubillah..wallahua'lam..

sesungguhnya kalian (wanita) amat indah..kalian amat cantik..kalian amat sopan..

namun, andai kalian tidak memeliharanya, maka tergolonglah kalian dalam golongan hamba-Nya yang rugi...wal iyya dzubillah..

suka aku ibaratkan kalian seperti emas...kerana emas di Alam Dunia ini secara zahirnya, ia sesuatu yang amat bernilai, bahkan nilainya tidak pernah turun, bahkan sentiasa meningkat..maka begitulah dirimu wahai
wanita yang ku cintai sekalian..

maka..apabila emas tidak dipelihara sebaiknya..tidak dibaluti ia, tidak disembunyikan ia..maka emas itu AKAN DICURI...

tetapi..andai emas itu dipelihara sebaiknya..dibaluti ia, disembunyikan ia..maka insya Allah, emas itu TIDAK DICURI..

maka..muhasabahlah diri di ketika pintu Ramadhan terbuka ini..jadikan bulan Ramadhan sebagai langkah hijrah..

sesungguhnya tubuh, jasad, wajah, dan sebagainya adalah anugerah dari Allah S.W.T...dan ia akan ditanya : "APAKAH YANG KAU BUAT PADA KURNIAAN-KU?! APAKAH ENGKAU TIDAK BERSYUKUR DENGAN MEMELIHARANYA.

Sabtu, 16 April 2011

AL KAUTHAR.,

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR
Surah Al-Kautsar ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis
daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian
2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya
Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah
surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga:
3) Jika sering
sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai
terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham
pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki
kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi
lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan
terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik
kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
Wassallam.

DANGER !

Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam..... Share note ini kepada rakan anda... Mari kita beramal
?"

Puisi Sang Pengembala Dunia".....

Fajar yang bening aku merangkak
Mengheret dada yang kegusaran
Memerhati titih generasi ummat
Beraksi tanpa batas di longkang dosa
Sedang burung khusu’ berzikir di celahnya
Terbang saja melihat raksasa rakus
Di pagi bening menderum mengejar dunia
Memerah peluh di kota dan desa
Demi takut lapar dan miskin si pengembala

Ingat-ingat pesan pengembala dunia
Anak-anakku dunia mu di menara gading
Bukan dipasak di pesantren yang melusuhkan impian mu
Kerana masa hadapan mu ialah dunia

Ada kitab baru pengembala dunia
Untuk ditonton dan bukan dibaca
Dengan momokan Hendonisme yang meresapi bebuluh nafsu
Ada Segmen untuk semua
Dari berita , Drama , wawancara , cereka sehingga iklan
Semua untuk ditonton segenap keluarga pengembala dunia

Ibu bapa pengembala dunia
Menjadikan titih ummat ini
Sebagai sebuah biara pemujaan
Nafsu serakah tanpa mereka relakan sendiri
Bangga dengan anaknya yang maju dengan Dunia
Bangga dengan tanggungan dosa
Ke atas anaknya
Biarkan…mereka matang sendiri
Kerana ilmu mereka mengejar dunia

Lalu matahari terbitlah dari barat
Air bah menjadi bencana
Matahari tidak lagi meminjamkan cahaya kepada bulan
Bumi berpisah tidak sanggup menampung
Pengembala dunia
Langit bertempik memancarkan kilat kemarahan
Angin berputar melempar rasaksa nafsu

Pada masa yang tiada waktu
Pengembala dunia…
Burung-burung yang khusu’ berzikir…
Raksaksa yang rakus…
Semuanya menjadi debu…
Debu-debu dunia yang Fana…
Pengembala Dunia Menuju tempat
Siksaan yang amat pedih..

Pengembala dunia rebah dan dadanya tersoyak meninggalkan kesan
Berkeping-keping melekat di tanah asalnya
Suaranya bertempik dari dalam rongga yang tidak didengar
Untuk Apakah hidup ini
Dari dinihari hingga ke senja
Perlukah banyak memikirkan hidup tanpa mati
Hingga iman yang lusuh di bawa ke mari
Bekalan dunia yang dijanjikan fana

Sedang Pengembala Akhirat
Memulakan langkah dengan senang
Nyaman dan Tenang
Dalam belaian Yang Maha Pengasih
Dan Yang Maha Penyayang.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang Zalim"

Ahad, 10 April 2011

5 PERKARA ELOK DISEBUT.

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata
tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama lah beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia...
Amin x100...hihihi..^_^

Jumaat, 8 April 2011

~ Menanti si Soleh dan Soleha ~

 Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH. Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH, tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH. Bertemu yg SOLEHAH, SOLEHAHnya dia belum tentu KEKAL. Bertemu yg SOLEH, SOLEHnya boleh BERUBAH kerana si SOLEH dan si SOLEHAH adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..

Subhanallah.. Alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..

aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : seseorang yang SOLEH pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi SOLEHAH..

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang SOLEH sedangkan aku masih jahil dan tidak SOLEHAH lagi?
qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu SOLEHAH atau tidak..tetapi Allah S.W.T.. Tugas kamu hanyalah berusaha menjadi SOLEHAH, bukan membuat keputusan yang kamu SOLEHAH..selagi mana kamu memikirkan apakah aku SOLEHAH atau tidak, maka selagi itulah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku akan mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T. 


aku yang jahil : Subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang SOLEH?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui daripadamu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah... 
wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..

"andai kehadiran insan yang bergelar zauj menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu"..astaghfirullah..

Jika Semuanya Milik Allah..Apakah Sebenarnya Yang AKu Ada..???"

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang
jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru
katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ?
Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara
yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi :
Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini
Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan
indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta
pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita
bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang
nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak
bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

------------------

Cuba
awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang
lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa
masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui
lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing
menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita
gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ?
Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang
mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan
menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka
berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar
menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2
rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh
menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk
dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------

Cuba
lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah
cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa,
memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan
masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang
guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ?
Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ?
menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya
Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi
sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna.
Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ?
Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu
ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin
meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku
sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------

Lihatlah
pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari,
bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki
masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu
apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng
sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya.
Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata
sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan
yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil
balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang
dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil
satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan
Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri
kepadaNya?

Sabtu, 2 April 2011

Kisah Pemuda Muslim & Paderi.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika.Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim?”Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!” Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”"
Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,”siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?” “Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca Basmalah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12). Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an. – Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ” Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah:
“Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah”.
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Susahkah menjadi Wanita Islam Yang Solehah..???

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :

Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…

demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?

Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?

masih tak nak jaga aurat??

Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^
Selamat B'amal...(~_^)...