Terdapat  seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan m...encuri kain kafan  untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang  ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat  kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk  mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa  mayat-mayat tersebu...t. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya  menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu  malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa  terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda,  mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu  hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan  wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada  golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung  pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat  elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari  ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun  bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab  ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang  meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat  merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka  sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu  menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat,  pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku  menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung,  keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka  itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,"  balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat  yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa  terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda,  itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu  hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada  manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku  lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit  seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung  pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan  silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan  tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w.  pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari  bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah  tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,  sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku  menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya  dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah  golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah  tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,  mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa  demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli  ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang  berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.  Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w.  t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah,  sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah  kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang  kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.